fbpx

Preity Zinta dapat anak kembar, guna khidmat ibu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREITY ZINTA bersama suaminya, Gene Goodenough kini mempunyai anak kembar yang lahir menggunakan kaedah ibu tumpang.

SELEPAS lima tahun mendirikan rumah tangga, aktres Bollywood terkenal Preity Zinta mengejutkan para peminatnya dengan berita gembira selepas menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.

Lebih manis, pelakon filem Chori Choru Chupke Chupke itu turut mengumumkan nama bayi kembar mereka iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

Khabar gembira tersebut diumumkan menerusi satu hantaran Instagram semalam.

“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira kami dengan anda. Saya dan suami, Gene Goodenough sangat gembira serta bersyukur dengan kehadiran anak kembar kami iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

“Sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami ini,” katanya menerusi entri tersebut Instagram semalam.

Tidak melupakan, dia turut menzahirkan penghargaan kepada wanita yang telah menjadi ibu tumpang bagi melahirkan anak kembarnya itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” katanya lagi.

Difahamkan, ibu tumpangan ialah proses menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tentu.

Preity dan Gene menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum diumumkan berkahwin pada 29 Februari 2016.

Aktres itu mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat selepas mendirikan rumah tangga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI