fbpx

Pemain perlu segera cari keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM (kiri) mengakui skuad negara kesuntukan masa untuk membuat persiapan dan berharap pemain yang dipanggil segera mencari keserasian.

PEMAIN tengah skuad bola sepak kebangsaan, Muhammad Akram Mahinan berharap semua pemain yang dipanggil agar cepat menyesuaikan diri menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF bermula 5 Disember hingga 1 Januari depan.

Memandangkan masih ada masa lebih kurang tiga minggu lagi sebelum kejohanan tersebut berlangsung, Akram menganggap skuad Harimau Malaya kini kesuntukan masa untuk melakukan persiapan terbaik.

Justeru, dia menggesa semua pemain, terutamanya muka baharu bekerja keras bagi membina keserasian apabila menyertai kem latihan pusat yang dijadualkan bermula Isnin ini.

“Mana-mana pemain yang mendapat panggilan ke skuad kebangsaan mungkin berdepan sedikit kesukaran kerana masa terlalu suntuk bagi melakukan persiapan sebelum perlawanan pertama nanti.

“Seperti yang saya cakap, pemain-pemain yang dapat panggilan skuad kebangsaan, lebih-le­bih lagi muka baharu mereka perlu cepat sesuaikan diri kerana kita tidak dapat adakan perlawanan persahabatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pada masa sama, Akram yang juga pemain Kuala Lumpur (KL) City percaya setiap pemain yang dipanggil berada dalam keadaan terbaik kerana sudah beraksi pada saingan Piala Malaysia 2021.

Oleh itu, dia hanya mahu rakan sepasukan memberikan yang terbaik pada sesi latihan nanti bagi memastikan mereka sempat mencipta keserasian, sekali gus menampilkan aksi terbaik pada Piala Suzuki AFF nanti.

“Berhubung tahap kecergasan, saya tidak bimbang sangat kerana kami bermain dalam Piala Malaysia. Sama ada bersedia atau tidak, kita tidak ada pilihan, cuma perlu persiapkan dari segi mental dan fizikal,” ujar pemain kelahiran Kedah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI