fbpx

Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes simbah cat, bakar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI AZIELAH WAHI

SEPANG – Polis telah menahan lima individu yang disyaki terlibat dalam kes simbah cat dan bakar kenderaan seorang pegawai kastam di Taman Pandamaran Klang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semua suspek yang berusia 30-an itu ditahan di sekitar Klang.

“Tindakan khianat itu dipercayai dilakukan berkaitan tugas-tugas pegawai kastam berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) milik seorang pegawai kastam yang musnah terbakar di sebuah pusat cuci kereta selepas disimbah cat di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian pada Selasa lalu itu, mangsa berusia 50-an membuat laporan berkaitan kenderaan jenis Proton X70 miliknya disimbah cat.

Kenderaan tersebut kemudian didapati terbakar kira-kira pukul 11 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI