fbpx

Kesan waris tuntut jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HDS mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu sejak kelmarin.

Pengarah HDS, Dr. Azhar Mohd. Sali berkata, jenazah Rizal Aton, 61, meninggal dunia di Wad 6 pada 6.12 pagi ,17 November kerana kanser.

Tambah Azhar, Rizal yang beragama Islam merupakan warga negara Indonesia dan beralamat terakhirnya di No. 44, Jalan Sinaran, Chaah, di sini.

Pihak HDS berharap waris menghubungi Unit Perhubungan Awam Jabatan Forensik HDS di talian 07-9433333 sambungan 292 bagi menuntut mayat Rizal.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI