fbpx

Kasut ‘jahanam’ Too Phat antara 300 koleksi Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW menjadi penyanyi rap tempatan pertama menjalin kolaborasi dengan jenama kasut premium antarabangsa, Giuseppe Zanotti.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui kasut bukan sekadar pelengkap gaya bahkan sejenis barangan penuh nilai sentimental yang cukup bernilai tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Memiliki lebih 300 koleksi kasut, Joe atau nama lengkapnya, Johan Ishak, 42, mendedahkan, dia menyimpan semua kasutnya dalam sebuah bilik khas.

“Ada bilik khas di rumah. Saya masih simpan kasut yang saya pakai waktu dengan Too Phat sewaktu umur 18 tahun dahalu.

“Masa itu, kami (Too Phat) masih bergerak ‘underground’. Beli kasut, kumput duit. Dah jahanam kasut itu tapi itu kasut yang saya pakai waktu bersama Too Phat.

“Dipakai waktu fotografi kulit album pertama Too Phat,” katanya.

Kata Joe, dia memang seorang ‘sneaker head’ atau mempunyai hobi mengumpul kasut sedari usia muda.

“Dahulu lagi banyak (koleksi kasut). Boleh kata kemaruk pergi mana-mana dan balik Malaysia akan bawa pulang 15 pasang.

“Sekarang koleksi saya kecil sahaja mungkin dalam 300 pasang. Saya tak jual kasut tapi setiap tahun saya akan beri kasut secara percuma. Ada juga 100 pasang yang belum ‘dibuka’ dalam koleksi.

“Saya bawa kasut mungkin 50 pasang ke kedai gunting rambut saya (Joe’s Barbershop). Pekerja saya akan berebut. Takpun, saya bagi kasut ke rumah anak yatim tapi satu tentang saya, saya takkan pernah jual kasut (yang pernah dipakai),” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Joe ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi kasut limited edition jenama Itali, Giusseppe Zanotti bersama dirinya dan seorang lagi penyanyi hip-hop, Sonaone di ibu negara.

Dedah Joe, antara koleksi kasut dalam koleksi yang paling bernilai adalah but bola sepak pernah dipakai bola sepak profesional negara, Mohd. Safee Sali.

“Tak silap saya, but bola sepak milik Safee itu siap ada nama anak atau isterinya tertulis di tepi kasut.

“But bola sepak itu sangat ‘legendary’ sebab dulu saya nak main bola di Istana Johor dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ). Tiga hari saya pakai kasut itu sebab nak main bola akhirnya, Safee cakap ‘lu angkatlah’ (but kasut miliknya),” katanya.

Selain itu, Joe turut memaklumkan, antara koleksi lain yang sangat berharga adalah sepasang kasut jenama Nike rekaan pengarah filem terkenal, Spike Lee.

“Kasut yang dikenali sebagai Jordan son of mars Obama. Saya beli di New York dan siap ada tandatangan Spike Lee. Waktu beli, dia (Spike Lee) ada dalam kedai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI