fbpx

Gambar terbaharu KD Maharajalela dipamer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terbaharu kapal tersebut. - FOTO: MEDIA SOSIAL

IPOH – Beberapa foto terbaharu kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Maharajalela dimuat naik dalam laman sosial syarikat pembinanya, Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) sekali gus menunjukkan progres semasa pembinaan kapal tersebut.

Foto-foto tersebut diambil ketika lawatan sambil belajar peserta-peserta National Defence Institute (NDI) ke limbungan kapal BNSSB di Lumut di sini dan disiarkan dalam laman web pertahanan Defence Security Asia.

Berdasarkan hantaran tersebut, lawatan pada Selasa lalu itu melibatkan para peserta yang juga pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kolonel dan ke atas.

Melihat pada foto tersebut menunjukkan, progres pembinaan kapal tempur yang sepatutnya menjadi aset tercanggih dalam armada TLDM ini masih belum siap.

Pada 9 November lalu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah mengadakan lawatan kerja ke Lumut bagi meninjau pembinaan LCS tersebut yang direka dan dibina sendiri oleh BNSSB.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNSSB dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rayat pada Isnin lalu memberitahu, kementeriannya menjangkakan TLDM bakal memperoleh kapal LCS yang pertama pada 2025.

Katanya, beliau mengambil pendekatan inklusif untuk melibatkan semua pihak berkepentingan seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd. untuk menyelesaikan masalah dalam perolehan LCS tersebut.

Sehingga 31 Oktober lepas, kemajuan kerja bagi LCS adalah 57.05 peratus berbanding jadual perancangan kerja asal iaitu 96.57 peratus dengan mengalami kelewatan selama 43 bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI