fbpx

Danial Syahmi naik podium di Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL SYAHMI (kiri) berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada perlumbaan pusingan ketiga ATC di Litar Antarabangsa Mandalika, Lombok sebentar tadi.

LOMBOK, Indonesia – Semangat juang pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril wajar dipuji selepas memberi tentangan cukup hebat untuk menaiki podium kedua pada perlumbaan pusingan ketiga Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Danial Syahmi yang memulakan saingan di petak pertama tampil cemerlang, namun ketinggalan di pertengahan saingan selepas melakukan sedikit kesilapan.

Bagaimanapun, Danial tidak berputus asa apabila kembali mengejar dan memecut laju dengan memintas seorang demi seorang pelumba sebelum kembali berada di belakang pelumba Jepun, Taiyo Furusato.

Danial terus memberi saingan sengit dan hampir untuk mengesahkan kemenangan, namun Furusato berjaya menyelit masuk dengan memintas semula sebelum muncul juara pada perlumbaan tersebut. Danial terpaksa akur dan berpuas hati menamatkan saingan tempat kedua.

Seorang lagi pelumba negara, Sharul Ezwan Sharil menamatkan saingan di tempat ketujuh, manakala Hakim Danish Ramli yang tampil cemerlang memburu podium tempat ketiga terjatuh pada pusingan terakhir.

Akibat insiden tersebut, Hakim Danish dikatakan mengalami kecederaan sekali gus tidak dapat menyertai perlumbaan seterusnya.

Hasil keputusan tersebut, impian Danial untuk memburu gelaran kejuaraan keseluruhan tampak sukar apabila kini ketinggalan 46 mata di belakang Furusato ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Perlumbaan kedua dan tiga akan berlangsung petang esok, manakala perlumbaan terakhir pada Ahad. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI