fbpx

Danial ada peluang julang trofi kemenangan di Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL ketinggalan 41 mata di belakang Furusato ketika ini menjelang aksi di Litar Mandalika.

PENGURUS pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin yakin dengan kemampuan tiga pelumba negara yang akan bersaing pada perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) selepas saingan pusingan tiga  yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Mandalika dibatalkan minggu lalu.

Bagaimanapun, tugas berat menanti pelumba negara apabila saingan ATC 2021 akan berlangsung empat pusingan perlumbaan di Mandalika yang bakal membuka tirai pada petang ini sehingga Ahad nanti.

Jelas Zulfahmi, meskipun berdepan jadual perlumbaan yang padat, namun beliau yakin pelumba negara mampu menampilkan aksi cukup kompetitif di sana.

Pada perlumbaan tersebut, Danial Syahmi Ahmad Shahril mengisi petak utama perlumbaan berkenaan, manakala seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli di petak ke-8 manakala Sharul Ezwan Sharil di petak ke-11.

“Pelumba negara akan hadapi empat pusingan perlumbaan minggu ini. Saya difahamkan mereka akan memulakan saingan semula mengikut sesi kelayakan sebelum ini dan Danial akan memulakan saingan semula di petak utama.

“Manakala, perlumbaan seterusnya akan dilakukan selepas sesi kelayakan pada Sabtu untuk menentukan grid pada perlumbaan sebenar Ahad nanti.

“Apa pun, saya lihat Danial agak kuat dan Hakim Danish juga bakal menjadi pencabar utama dalam perlumbaan itu nanti. Memang ada potensi untuk Danial menang, itu adalah sasaranya dan kita pergi Mandalika adalah untuk bawa balik piala kejuaraan keseluruhan,” katanya semalam.

Kedudukan kejuaraan keseluruhan kini dipegang oleh pelumba dari Jepun, Taiyo Furusato selepas mendahului carta keseluruhan dengan 100 mata, manakala Danial di kedudukan kedua dengan 59 mata dan hanya dipisahkan 41 mata ketika perlumbaan menyajikan 100 mata untuk dipungut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI