fbpx

Dakwaan Sanusi tidak berasas – JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN FOTO: IHSAN FACEBOOK JOHOR SOUTHERN TIGERS

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan dibuat Presiden Kedah FA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai kelab ini tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan sekeping cek sebanyak RM100,000 kepada Kedah FA pada 31 Disember 2018.

Kenyataan daripada Alistair Edwards

Katanya, cek itu bagaimanapun telah dipulangkan oleh Kedah FA kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini.

“JDT terkejut dengan tuduhan tidak berasas presiden Kedah FA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai JDT tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

“Untuk rekod, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar Rashid selepas pemain itu menamatkan kontrak beliau dengan Kedah.

“JDT bersetuju untuk membayar lebih dan telah mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun telah dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya sambil memberitahu Mahkamah Timbang Tara kemudiannya telah membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

Tambah Edwards, tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT.

“Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” ujarnya lanjut.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa skuad Harimau Selatan itu masih belum menjelaskan bayaran pampasan Akhyar Rashid.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI