fbpx

6 keluarga di Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba Balai Rantau Panjang meninjau paras air Sungai Golok yang mula melepasi tahap amaran baru-baru ini . FOTO IHSAN BOMBA

RANTAU PANJANG – Enam keluarga dari Kampung Gual Tok Deh di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Golok.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, kesemua enam keluarga itu terdiri daripada 31 mangsa termasuk kanak-kanak itu telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh di sini.

PPS itu mula dibuka pada pukul 10 malam tadi untuk menempatkan kesemua mangsa yang terlibat.

Setakat pukul 8 pagi tadi, Sungai Golok yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand itu berada pada paras amaran dan mencecah 8.74 meter berbanding normal iaitu 5 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI