fbpx

VTL Malaysia-Singapura: 6 kali penerbangan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menetapkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Singapura bermula dari 29 November 2021 membabitkan enam kali penerbangan setiap hari.

MOT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, enam kali penerbangan itu dikendalikan setiap satu oleh AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot dan Singapore Airlines.

Menurutnya, di bawah VTL, pengembara dari Singapura mesti menggunakan perkhidmatan penerbangan VTL yang ditetapkan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pengembara tidak perlu memohon kebenaran perjalanan ke Malaysia di bawah VTL kerana kemudahan kemasukan akan diproses semasa ketibaan.

“Dalam hal ini, pengembara VTL juga tidak perlu memohon MyTravelPass daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya.

Katanya, antara syarat lain ditetapkan ialah pengembara mesti telah melengkapkan vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, katanya, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun akan layak untuk perjalanan di bawah VTL tanpa perlu menunjukkan bukti vaksinasi tetapi mereka mesti ditemani oleh pengembara yang memenuhi semua syarat untuk masuk ke Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI