fbpx

Tujuh keluarga mangsa kebakaran terima bantuan RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifle (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyumbangkan bantuan segera sebanyak RM2,000 kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab di sini semalam.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Zulkifle Ab. Rahman berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian wang zakat yang digunakan untuk membantu mangsa yang ditimpa musibah.

“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya bersama kakitangan Maik ke lokasi untuk memyampaikan bantuan segera kepada tujuh keluarga tersebut semalam.

“Dengan bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurutnya, Maik telah melantik pengawai penyiasat untuk meneliti maklumat lanjut berkaitan mangsa sama ada status tanah rumah mereka layak untuk bantuan kediaman baharu atau sebaliknya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI