fbpx

Tindakan tegas pihak hina Islam, agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengganggu kestabilan dan keharmonian negara terhadap penghinaan agama Islam serta agama-agama lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan sentiasa komited dalam membanteras isu tersebut.

“Pendekatan secara kolektif diambil melalui kerjasama MCMC dengan agensi-agensi seperti PDRM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Jabatan Agama Islam negeri-negeri meliputi aspek kenal pasti kandungan-kandungan berunsur kebencian terhadap agama Islam termasuk aspek penguatkuasaan serta bantuan teknikal yg diberikan oleh MCMC kepada agensi-agensi penguat kuasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd. Ramli (Dungun-Pas) pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen.

Jelasnya, beliau juga telah meminta pihak MCMC untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) tindakan mereka untuk mengkaji rang undang-undang sedia ada bagi tindakan lebih proaktif.

“Saya difahamkan perkara itu sedang dirujuk MCMC kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

“Perkara ini bagi membolehkan penafsiran yang jelas di bawah undang-undang sedia ada di mana tindakan lebih tegas dan pantas tanpa kompromi dilakukan terhadap penghinaan agama Islam dan juga agama-agama lain,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI