fbpx

Terima upah jadi ‘penguji rumah berhantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguji rumah berhantu akan menghabiskan masa selama 24 jam di sesebuah kediaman bagi memastikan ia selamat dihuni. - Unsplash

BEIJING – Beberapa agensi hartanah di China membayar individu persendirian untuk menjadi ‘penguji rumah berhantu’ bagi memastikan sesebuah hartanah adalah ‘selamat’ untuk didiami sebelum dijual, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Individu-individu tersebut perlu menghabiskan masa selama 24 jam di dalam hartanah yang dianggap berhantu bagi meyakinkan bakal pembeli.

Hal itu kerana hartanah yang menjadi lokasi berlakunya ‘kematian luar biasa’ amat sukar untuk dijual terutamanya dalam pasaran yang mempercayai fenomena ghaib dan karut.

Akhbar South China Morning Post baru-baru ini memuat naik satu artikel berkenaan ‘penguji rumah berhantu’ yang mengembara dan memeriksa setiap sudut rumah yang didakwa berhantu bagi membuktikan ia selamat dihuni.

Seorang penguji rumah berhantu yang berpengalaman, Zhang dibayar 1 yuan (RM0.66) untuk setiap satu minit yang dihabiskan dalam hartanah yang ‘menakutkan’.

Dia menghabiskan sekurang-kurangnya 24 jam dalam sesebuah kediaman dan akan membuat panggilan video untuk membuktikan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Mereka yang melakukan kerja ini perlu mengembara di seluruh negara dan tidak tahu lokasi seterusnya yang perlu dikunjungi.

“Ada antara rakan saya yang menganggap tugas ini mudah kerana hanya perlu tidur di dalam rumah kosong untuk satu malam.

“Mereka meminta saya untuk mendapatkan pelanggan, namun kebanyakan pelanggan takut dan akan berputus asa,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN