fbpx

Terengganu haramkan penjualan telur penyu sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjualan telur penyu secara terbuka di Terengganu selama ini telah diharamkan sepenuhnya.

KUALA TERENGGANU – Terengganu akhirnya menjadi negeri terakhir di negara ini yang mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu.

Ia selepas pindaan Enakmen Penyu 1951 diluluskan dengan sebulat suara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, individu yang tidak mematuhi peraturan pengharaman penjualan telur penyu tersebut boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan.

“Pindaan enakmen ini turut memberi penegasan untuk memerangi pihak yang mengganggu dan membunuh penyu di Terengganu,” katanya ketika membentangkan usul pindaan Enakmen Penyu 1951 pada Sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Azman berkata, pindaan itu menetapkan hukuman denda bagi kesemua kesalahan tersebut dinaikkan antara RM50,000 dan RM250,000 serta penjara sehingga setahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI