fbpx

Situasi Varane legakan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE (depan) sudah mula menjalani latihan ringan di gimnasium dalam proses pemulihan ekoran kecederaan hamstring yang dialaminya. – AFP

MANCHESTER – Manchester United mungkin sedikit lega selepas pemain pertahanannya, Raphael Varane dilihat berada pada landasan tepat untuk proses pemulihan kecederaan hamstring dialaminya.

Bagaimanapun, United mungkin terlepas untuk mendapatkan khidmat empat pemain mereka selepas saingan Liga Perdana Inggeris bersambung ketika mereka bakal berdepan Watford menyebabkan ia bukanlah berita yang baik buat pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Varane dilaporkan terpaksa berehat untuk tempoh beberapa minggu selepas mengalami kecederaan tersebut ketika aksi bersama Perancis bulan lalu dan kembali membantu United menang 3-0 ke atas Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, dia hanya sempat beraksi untuk tempoh 38 minit ketika menentang Atalanta pada aksi Liga Juara-Juara ekoran kecederaan tersebut yang berulang.

Cuti rehat aksi antarabangsa menyaksikan Varane tidak terlepas banyak perlawanan, namun dia hampir pasti tidak beraksi menentang Watford.

Bagaimanapun, Varane berkongsi gambarnya pada laman sosial Instagram menunjukkan dia sedang menjalani latihan di gimnasium untuk mengembalikan kekuatan.

“Ubah kekecewaan menjadi motivasi dan akan kembali le­bih kuat,” tulisnya pada hantaran di laman sosial berkenaan.

Selain Varane, The Red De­vils juga terlepas khidmat Paul Pogba yang masih digantung akibat kad merah ketika menentang Liverpool.

Edinson Cavani juga terlepas aksi menentang Watford akibat masalah tendon buku lali selain status Luke Shaw ekoran insiden pelanggaran kepala ketika menentang Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI