fbpx

Sembilan kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan kluster aktif setakat ini sebanyak 246 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula merekodkan sebanyak 6,380 kes termasuk 28 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 2,569,533 kes.

“Daripada kes harian tersebut, 98 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,282 kes (98.5 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Kes sembuh merekodkan sebanyak 5,760 kes dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 2,472,283 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 541 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 263 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, beliau berkata, Kementerian Kesihatan, sebanyak 88 lagi kes baharu varian dilaporkan melibatkan Variant of Concern (VOC) varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan di 10 negeri.

Ia dikenal pasti oleh Faculty of Medicine (FOM-UM) dengan 65 kes manakala, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) dengan 23 kes dikesan di Selangor (19), Perak (17), Negeri Sembilan (13), Johor (9), Kelantan (8), Kedah (7), Terengganu (6), Perlis (4), Kuala Lumpur (3) dan Melaka (2).- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI