fbpx

‘Saya berdosa pada emak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORAZLINA SHAPIE (belakang, kiri) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor bagi menghadapi 22 pertuduhan.

SHAH ALAM – Seorang bekas eksekutif sebuah pasar raya menangis sambil menyatakan dirinya seorang anak derhaka dalam rayuannya sebelum didenda RM40,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM4,488 bagi membantu kontrak kerja-kerja pembersihan di pasaraya tersebut.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Noorazlina Shapie, 43, mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan rasuah yang dilakukannya antara 24 Disember 2019 sehingga 6 Januari lalu.

Mahkamah menetapkan hukuman itu selepas mengambil kira kesemua 22 pertuduhan utama dihadapi ibu kepada lima orang cahaya mata itu melibatkan suapan sebanyak RM38,360.

Jika gagal membayar denda itu, Noorazlina boleh dipenjara 44 bulan.

Berdasarkan 10 pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa diberikan suapan berjumlah RM4,488 daripada dua pemilik bagi dua syarikat menerusi akaun miliknya dan anak lelakinya sebagai dorongan membantu mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di pasar raya tempatnya bekerja.

Kesalahan itu dilakukan di dua buah cawangan bank di Petaling Jaya dan Shah Alam antara 30 Mei 2019 sehingga 6 Januari 2021.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI