fbpx

Reka bentuk rumah bertiang di kawasan tepi sungai – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga dari kanan) meninjau rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah di Kampung Lompat dekat Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya reka bentuk rumah bertiang dijadikan contoh dalam pembinaan kediaman yang terletak di tepi sungai.

Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang merupakan salah satu langkah keselamatan yang signifikan sekiranya berlaku musibah banjir.

Contoh rumah yang dicadangan Al-Sultan Abdullah.

“Mudah-mudahan musim banjir ini akan terselamatlah, kita harap tidak ada banjir lah.

“Saya harap mana-mana rumah yang dibina di tepi Sungai Pahang ini harus mengambil kira ketinggian, saya harap ini dapat jadi satu contoh pada rumah-rumah yang terdapat di Sungai Pahang,”titah baginda selepas mendengar sembah taklimat pada majlis penyerahan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Kampung Lompat di sini, hari ini.

Yang turut mengiringi ialah anakanda baginda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Seri Paduka kemudiannya meluangkan masa mencemar duli beramah mesra dengan penerima rumah bertiang yang mempunyai tiga bilik tidur yang dilengkapi perabot itu.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI