fbpx

Puasa dua kali seminggu berkesan kurangkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaedah berpuasa selama dua hari seminggu mencatat pengurangan berat badan yang sederhana. - Dance Informa

LONDON – Sekumpulan penyelidik mendapati bahawa salah satu kaedah intermittent fasting (diet puasa) yang dipanggil 5 : 2 dapat membantu mengurangkan berat badan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Diet tersebut memerlukan pengamalnya makan secara berpada-pada sebanyak lima hari seminggu dan mengawal pengambilan kalori yang ketat selama dua hari lagi. Ia lebih menjadi pilihan bagi golongan obes kerana lebih mudah untuk diikuti.

“Kami berjaya menunjukkan bukti keberkesanan diet 5 : 2 dalam kehidupan sebenar.

“Walaupun ia bukan menjadi pilihan utama untuk mengurangkan berat badan, pengguna lebih memilih diet jenis ini kerana ia lebih menarik dan mudah diikuti,” kata ahli psikologi kesihatan bertauliah dan felo penyelidik kanan di Universiti Queen Mary London, Katie Myers Smith.

Kajian itu dijalankan ke atas 300 individu obes di Menara Hamlet, London. 

Peserta kajian dibahagikan kepada dua, dengan satu kumpulan diminta mengamalkan diet konvensional, iaitu mengawal pengambilan makanan berminyak, mengawal jumlah makanan yang diambil serta melakukan senaman. Manakala kumpulan kedua mengamalkan diet 5 : 2.

Kedua-dua kumpulan mencatatkan keputusan pengurangan berat badan yang hampir sama dan sederhana.

Selepas enam bulan, kumpulan yang mengamalkan diet konvensional mengalami pengurangan berat badan sebanyak 1.7 kilogram (kg), manakala kumpulan yang mengamalkan diet 5 : 2 mengalami pengurangan berat badan sebanyak 1.8 kg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI