fbpx

Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat.

KLANG – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dipercayai milik seorang pegawai kastam musnah terbakar disyaki akibat perbuatan khianat dalam kejadian di sebuah premis membasuh kenderaan di Taman Pandamaran Permai, pagi tadi.

Difahamkan ketika kejadian kenderaan tersebut ditinggalkan di kedai untuk tujuan mengilatkan SUV berkenaan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.03 pagi.

“Bomba yang tiba 11 minit kemudiannya segera melakukan pemadaman dengan SUV itu musnah 90 peratus selain kebakaran turut melibatkan sedikit bahagian bumbung kedai.

“Tiada mangsa terlibat dengan kebakaran dipercayai perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI