fbpx

PRN Melaka: Parti IMAN lancar ikrar 3 teras utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Mosin

KUALA LUMPUR – Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) telah menggariskan tiga teras utama perjuangan parti itu.

Presiden IMAN, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak berkata, teras utama keagamaan itu mengutamakan keperluan masjid dan surau serta bantuan keperluan kelengkapan tokong serta kuil.

Beliau berkata, teras itu juga akan menumpukan kepada laluan utama tanah perkuburan Hindu.

“Teras kedua adalah pendidikan bagi mengatasi masalah keciciran murid dengan menyasarkan kawasan Tebung dan seluruh Machap Jaya.

” Selain itu, IMAN juga akan memastikan peluang melanjutkan pengajian di bidang kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selain bantuan persekolahan kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, teras ketiga adalah mewujudkan peluang pekerjaan di Machap Jaya serta mewujudkan eko-pelancongan bagi merancakkan ekonomi setempat.

“IMAN juga berikrar untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma bagi golongan yang memerlukan,” katanya.

Pada PRN Melaka ini, IMAN meletakkan Abdul Aziz Osani Kasim sebagai calon yang merupakan anak tempatan Machap Jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI