fbpx

Polis siasat ‘Karen’ ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di media sosial memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka di tempat awam - FOTO: MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 oleh wanita warga asing di laluan pejalan kaki Taman KLCC di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan satu posting beserta gambar yang dimuat naik di laman media sosial Twitter menunjukkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.

“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan wanita tersebut dilihat sedang berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC.

“Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Noor Dellhan menegaskan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan tindakan undang-undang akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar.

Terdahulu, tular satu hantaran di Twitter milik @AdibahOj dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI