fbpx

Perlis antara 6 negeri diramal alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di enam negeri  dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir diramal berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini.

“Kesemua kawasan di Perlis bakal mengalami cuaca buruk beserta ribut petir malam ini manakala di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

“Bagi kawasan Pantai Timur melibatkan Jeli dan Tanah Merah di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Raub, Bentong dan Temerloh serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI