fbpx

Perkeso anjur program hargai pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang Anugerah pada Majlis Anugerah Media Perkeso 2021, di sini, hari ini. FOTO - MOHD FARIZWAN HASBULLAH.

KUALA LUMPUR – Sembilan anugerah dipertandingkan di malam Anugerah Media PERKESO 2021 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammad Azman Aziz Mohammed berkata, anugerah ini diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan jasa pengamal media tempatan yang telah banyak membantu dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perlindungan keselamatan sosial di bawah Perkeso.

“Bertemakan ‘Prihatin Lima Dekad dan Selamanya’, anugerah ini memberi penghormatan kepada pengamal media melalui laporan yang disediakan dengan hadiah keseluruhan wang tunai RM24,000 untuk dimenangi oleh peserta, selain trofi,” katanya dalam ucapan di malam Anugerah Media 2021 sebentar tadi.

Tambah beliau, industri media merupakan antara tulang belakang yang kuat dalam membantu memperkenalkan Perkeso kepada masyarakat melalui info dan berita yang disampaikan menerusi pelbagai platform sama ada media cetak, media elektronik serta media digital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI