fbpx

Percepatkan perolehan pesawat tempur baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu mengambil langkah mempercepatkan perolehan dan penggantian aset baharu bagi mengisi lompang kekuatan pasukan itu.

Ini kerana, nahas yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang kelmarin menyebabkan negara kehilangan aset dan juruterbang yang sudah tentu memberi kesan kepada kekuatan sedia ada.

Penulis pertahanan, Khoo Jin Kiat berkata, keperluan utama ketika ini adalah memastikan proses perolehan pesawat tempur ringan dan latihan (LCA/LIFT) dan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) dipercepatkan.

Menurutnya, TUDM memerlukan penambahan pesawat bagi melaksanakan operasi pertahanan udara sejak dahulu lagi.

“Bagaimanapun, proses perolehan atau pemodenan TUDM sejak kebelakangan ini kurang lancar sehingga perolehan MRCA juga terganggu.

“Kesannya TUDM berdepan dengan cabaran kekurangan pesawat lebih-lebih lagi setelah pesawat latihan Aermacchi MB339CM dan pesawat tempur MiG-29N sudah tidak lagi beroperasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pengendali laman web pertahanan, Asean Security Observer itu memberitahu, situasi tersebut menyaksikan pesawat Hawk menjadi jentera utama buat TUDM dengan memikul banyak tugas berat menjaga kepentingan nasional termasuk operasi me­mintas pesawat China

“Hawk adalah aset pen­ting pertahanan udara, namun pada masa sama TUDM perlu pesawat lebih moden,” ujarnya.

Mengulas isu sama, penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, kejadian nahas udara boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk cuaca dan tidak tidak semestinya disebabkan usia pesawat.

“Kemalangan helikopter S-70i Blackhawk tentera Filipina pada Jun lalu yang mengorbankan enam mangsa termasuk juruterbang berlaku tujuh bulan selepas diope­rasikan.

Jelasnya, walaupun Hawk memiliki rekod penugasan yang baik sepanjang 26 tahun tetapi proses menggantikannya dengan pesawat latihan lanjutan lebih mo­den dilihat sebagai satu ke­perluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI