fbpx

Penulis didakwa tipu jiran berhubung geran perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penulis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu jirannya berhubung pemberian perniagaan.

Tertuduh Daljit Singh Bachittar Singh, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan bapa seorang anak itu didakwa menipu Albert Chan Kok Kuan dengan memperdayanya untuk menyerahkan wang RM2,500 yang telah dipindahkan ke dalam akaun CIMB milik tertuduh dalam urusan mendapatkan geran pameran tahunan perusahaan kecil dan sederhana (SIMIDEX) serta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang mana tertuduh tahu bahawa geran tersebut tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul di sini, pada 27 Januari 2018, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperutukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat selain boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa P. Nom Phot menawarkan jaminan RM5,000, namun peguam Erickka Faris Amir yang mewakili tertuduh memohon jaminan paling minimum kerana anak guamnya hanya seorang penulis dan perlu menyara isteri serta seorang anak berumur 12 tahun.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,800 dan menetapkan tarikh 20 Disember ini untuk sebutan semula kes.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI