fbpx

Pelbagai kecederaan punca kematian Kapten Mohamad Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyiasat membuat tinjauan di lokasi nahas pesawat Hawk 108 yang mengorbankan Mohamad Affendi (gambar kecil) di Pangkalan Udara Butterworth, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Punca kematian Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini malam Selasa lalu adalah akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, proses bedah siasat telah dijalankan pakar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di Hospital Seberang Jaya di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam.

“Punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan parah disebabkan kemalangan udara.

“Bagaimanapun keterangan daripada juruterbang yang terselamat masih belum diperolehi kerana beliau sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.07 malam itu, Kapten Affendi Bustamy, 31, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, dilaporkan cedera selepas pesawat Hawk 108 terhempas berdekatan landasan di pangkalan udara tersebut.

Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang malam tadi, manakala Mejar Mohd. Fareez masih dirawat di HSJ. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI