fbpx

Pelajar tingkatan 5 cedera parah terjun tingkat empat sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera parah selepas bertindak terjun dari tingkat empat sebuah sekolah di daerah ini dalam satu kejadian tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pada pukul 1.26 tengah hari itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan muka, patah kedua-dua tangan serta mengalami kecederaan dalaman.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Pada 16 November lalu, polis menerima panggilan memaklumkan seorang pelajar perempuan tingkatan 5 telah terjun daripada bangunan sekolah.

“Siasatan awal dibuat mendapati mangsa bertindak demikian selepas selesai ujian peperiksaan dimana mangsa pergi ke koridor bangunan tingkat empat dan terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI