fbpx

Pegawai, anggota bomba perlu bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan (tengah) menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pegawai JBPM pada APC JBPM di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Tunjong, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terlibat dalam pengurusan banjir perlu dipastikan bebas jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, bertugas dalam keadaan pandemik merupakan cabaran besar buat anggota sepanjang musim tengkujuh terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Menurutnya, setakat ini, 98 peratus warga JBPM sudah lengkap dua dos vaksin yang kini sedang proses untuk menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

“Kita turut menekankan kepentingan mengambil dos penggalak. JBPM sentiasa mengambil berat akan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menjalankan tugas termasuk pemakaian set pakaian pelindung diri.

“Kita turut menghadapi kesulitan untuk berkhidmat ketika banjir terutamanya dalam membantu mangsa di pusat pemindahan sementara, namun semua itu diketepikan demi menggalas tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI