fbpx

Pakaian tiruan bernilai RM223,880 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa sedang melakukan pemeriksaan ke atas pelbagai barangan di dalam premis yang diserbu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 5,567 helai pakaian sukan pelbagai jenama terkenal yang disyaki tiruan bernilai RM223,880 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Keningau, semalam.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, Operasi turut disertai wakil pemilik cap dagangan barangan berkenaan yang terlibat di dalam menyalurkan maklumat dan serbuan yang dijalankan selain membabitkan seramai 10 orang anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah.

Katanya, operasi adalah hasil maklumat yang diterima daripada Randall Gateskill Risk Consultancy Sdn Bhd yang bertindak sebagai wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar bagi jenama Adidas, Nike dan Puma.

“Pemilik premis perniagaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 kerana memiliki barang-barang dengan cap dagangan yang dipakaikan dengan salah.

“Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI