fbpx

Mejar Mohd. Fareez belum tahu rakan terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota melakukan siasatan di lokasi nahas melibatkan pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Seberang Perai kelmarin.

SEBERANG PERAI – Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, yang cedera dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam kelmarin dipercayai masih belum mengetahui rakannya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Bapa Mohd. Fareez, Omar Deros, 62, berkata, dia langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu ketika berpeluang bertemu dengan anaknya di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini semalam.

Omar yang juga bekas pesara TUDM berpangkat Mejar berkata, sehubungan itu, dia percaya bahawa berita menyedihkan itu masih belum sampai ke pengetahuan anaknya.

“Dia pun masih sakit. Mungkin kita tunggu dia sihat sikit barulah kita beritahu perkara itu kerana bimbang kesihatannya akan terganggu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Omar bersyukur kerana Mohd. Fareez telah selamat menjalani satu pembedahan malam tadi selepas mengalami kecederaan pada pinggang dan tulang belakang.

“Menurut pihak TUDM, dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HSJ untuk pemantauan serta pemerhatian rapi oleh pasukan doktor.

“Tengah hari semalam saya berpeluang untuk berjumpanya di wad dan ketika itu dia telah berada dalam keadaan stabil, namun masih lemah,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI