fbpx

Latihan sejam sebelum pesawat Hawk 108 terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota melakukan siasatan di lokasi nahas melibatkan pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Seberang Perai kelmarin.

SEBERANG PERAI – Pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini malam kelmarin dikatakan sedang menjalani penerbangan latihan selama kira-kira sejam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.39 pagi semalam di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Butterworth.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati pesawat itu dikendalikan dua juruterbang telah berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth bagi menjalani latihan penerbangan malam.

“Ia dilakukan di ruang udara Pangkalan Udara Butterworth dan sesi latihan berlangsung selama satu jam sebelum dilaporkan terhempas dan menyebabkan letupan.

“Kedua-dua juruterbang sempat keluar daripada pesawat menggunakan kerusi anjal dan salah seorang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan terperinci berkaitan insiden masih dijalankan.

Dalam kejadian pada pukul 10.07 malam itu, Kapten Affendi Bustamy, 31, terbunuh, manakala Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, cedera selepas sebuah pesawat Hawk 108 terhempas berdekatan landasan di pangkalan udara tersebut.

Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang malam tadi, manakala Mejar Mohd. Fareez masih dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI