fbpx

Kang Ki-young jadi bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG KI-YOUNG

PELAKON yang terkenal dengan watak lucu dalam kebanyakan drama lakonannya, Kang Ki-young kini bergelar seorang bapa.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh agensinya, Namoo Actors yang memaklumkan bahawa Ki-young menimang cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 12 November lalu.

Isterinya dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Ki-young dan isterinya menjalin hubungan cinta beberapa tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga pada Mei 2019.

Sekadar info, Ki-young pernah membintangi deretan naskhah popular antaranya King of High School, Oh My Ghost dan What’s Wrong With Secretary Kim.

Filem terbaharu, Bargaining akan ditayangkan tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga akan membuat kemunculan dalam sebuah siri original terbitan Netflix, Weird Lawyer Woo Young-woo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI