fbpx

Jang Won-young model majalah termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG WON-YOUNG

PENYANYI kecil molek, Jang Won-young menjadi wajah termuda yang menghiasi kulit depan majalah Harper’s Bazaar Korea.

Sehinggakan, anggota kumpulan Ive itu yang mewakili jenama fesyen mewah dari Itali, Miu Miu digelar ‘Miu Miu girl’ oleh peminat kerana menggayakan imej mahalnya dalam edisi keluaran Disember.

Dalam temu bual, artis idola itu berkongsi pandangannya bergelar seorang remaja yang meningkat usia 18 tahun.

“Adakalanya, saya mahu masa berputar dengan cepat dan menjadi seorang dewasa. Tapi kadang-kadang, saya mahu kekal remaja,” dedahnya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut berkongsi tentang personaliti dirinya yang adakalanya ‘tidak menentu’.

“Kalau bersama orang yang tidak dikenali, saya cuba berbual banyak supaya tidak rasa kekok.

“Tapi kalau duduk dengan orang yang saya selesa, saya banyak berdiam diri dan rileks,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI