fbpx

Tak tahan terus dihina, Iqbal nak ‘pindah’ dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto Iqbal yang disunting dan terus menerus menjadi bahan hinaan netizen.

PETALING JAYA – Belum reda dengan foto suntingan menyerupai babi, usahawan yang juga penyanyi Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi sasaran netizen yang tidak berpuas hati dengannya.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, menerusi Instagram menafikan foto yang memperlihatkan dirinya dengan tubuh badan sasa dan hanya berseluar dalam itu miliknya.

Kata Iqbal, individu di sebalik akaun palsu itu sudah melampaui batas memandangkan sebelum ini wajahnya juga pernah disunting dengan teruk dan mengaibkan.

“Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post (buat hantaran) gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.

“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook (FB) baru?.

“Tidak! FB saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada satu lagi page (laman) palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap kali post.

“Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti seekor babi, namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai,” tegasnya menerusi InstaStory.

Terdahulu, Iqbal turut memuat naik paparan skrin akaun Facebook palsu yang dicipta menggunakan gambarnya yang disunting dengan badan sasa milik lelaki lain yang langsung tidak dikenali.

Dalam pada itu, Iqbal turut meminta pertolongan netizen untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut yang didakwa sudah menyekatnya.

Terus menerus dikecam, dihina dan dijadikan bahan gurauan sensitif dalam kalangan netizen tanpa belas kasihan, pelantun lagu Hujan itu menganggap dirinya tidak lagi sesuai untuk menetap di Malaysia.

“Tolong saya cuba report (buat laporan) akaun tersebut: Iqbal Zul. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah sekat saya.

“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah.

“Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” luah Iqbal sedih.

Terdahulu, Iqbal sebelum ini pernah beberapa kali menuai kebencian netizen bermula dengan kisah ‘pernikahan tak jadi’ dengan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida.

Pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan beberapa konflik lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI