fbpx

Ibu saudara kanak-kanak jatuh tingkat 16 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis memberkas ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, wanita berumur 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan semakan kita mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Semalam, kira-kira pukul 10.30 pagi, kejadian berlaku apabila ibu saudaranya hanya menyedari kehilangan anak saudaranya itu selepas mendapati dia tiada di dalam bilik nya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI