fbpx

Ibu saudara kanak-kanak jatuh kondominium direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 36 tahun yang juga ibu saudara mangsa tiba di Mahkamah Majistret Selayang, Selangor hari ini.

SELAYANG – Ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di sini, direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 36 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Nur Hafizah Rajuni bermula hari ini sehingga 24 November selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan remannya.

Difahamkan suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

Prosiding reman itu bermula pukul 9 pagi dan selesai kira-kira pukul 9.45 pagi.

Hari ini Kosmo! Online melaporkan polis telah menahan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata berdasarkan semakan, polis mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Terdahulu, dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam, ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan.

Pada masa itu, mangsa dikatakan ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudaranya yang berusia 36 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI