PETALING JAYA – Amaran hujan lebat serta ribut petir dikeluarkan melibatkan tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga lewat petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, amaran cuaca buruk ini melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam yang melibatkan keseluruhan negeri tersebut.
“Di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman, Betong (Seratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit dan Bintulu,” katanya di sini hari ini.
Kedua-dua negeri tersebut dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 6 petang nanti.
Sementara itu, di Terengganu melibatkan kawasan Besut dan Setiu, manakala di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Petaling serta keadaan buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.
Orang awam diingatkan untuk kekal berada di dan rancang aktiviti menarik bersama keluarga. – K! ONLINE