fbpx

Harimau Malaya mampu beri tentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap gandingan muda dan senior untuk memacu kejayaan Harimau Malaya di pentas Piala AFF bulan depan.

KUALA LUMPUR – Penyerang naturalisasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Guilherme De Paula terus mendapat kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan Harimau Malaya menghadapi aksi Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura bulan depan.

De Paula, 35, antara nama dalam senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kejohanan berprestij Asia Tenggara itu yang akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan.

Pemain kelahiran Brazil itu juga antara lima penyerang disenaraikan pengendali, Tan Cheng Hoe selain Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid (JDT), Shahrel Fikri Fauzi (Selangor FC), Darren Lok (Petaling Jaya City FC) dan Luqman Hakim Shamsudin yang berpangkalan di Belgium bersama KV Kortrijk.

Mengulas secara keseluruhan, Cheng Hoe mengakui pemilihan pasukan kali ini meliputi kombinasi pemain muda dan berpengalaman dengan sasaran diletakkan pada kejohanan dwitahunan tersebut sekurang-kurangnya pentas final.

“Kalau kita lihat secara keseluruhannya kami rasa pasukan mempunyai senarai yang terbaik dari segi pemain senior kita ada Aidil  Zafuan (Abd Radzak), Khairul Fahmi (Che Mat) dan juga Baddrol (Bakhtiar).

“Ketiga-tiga pemain ini paling senior dalam pasukan dibantu dengan pemain-pemain muda yang meningkat naik. Saya optimis kita mampu beri satu tentangan terbaik dalam kempen Piala AFF Suzuki kali ini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebagai rekod, Harimau Malaya yang menjuarai Piala AFF 2010 sebelum muncul naib juara edisi 2014 dan 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama penyandang juara, Vietnam serta Indonesia, Kemboja dan Laos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI