fbpx

Geng Tyson aktif curi ekzos kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk (dua dari kiri) menunjukkan tabung ekzos yang berjaya dirampas ketika sidang akhbar di IPD Ampang Jaya, di sini hari ini. FOTO : FARIZ RUSADIO

AMPANG – Polis Ampang Jaya berjaya menumpaskan Geng Tyson yang aktif mencuri ekzos kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Kelantan sejak September lalu menerusi penahanan lima suspek pada 11 November lalu.

Tiga ahli kumpulan termasuk dua pembeli yang berusia 30 hingga 43 tahun itu diberkas pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah daerah menerusi beberapa siri serbuan di Selangor iaitu Gombak, Banting dan Subang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun berkenaan suspek yang mencuri ekzos kenderaannya pada 9 November lalu.

“Hasil soal siasat mendapati, kesemua suspek terlibat dengan kegiatan mencuri ekzos kenderaan yang mana suspek pertama membuat pengakuan telah terlibat dalam 33 kes di sekitar Lembah Klang dan Kelantan.

Antara tabung ekzos yang berjaya dirampas. – FOTO : FARIZ RUSADIO

“Modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan kenderaan yang tersadai di tepi jalan di kawasan Lembah Klang tanpa mengira waktu,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini hari ini.

Menurutnya, suspek mencuri tabung ekzos untuk dijual kerana di dalam tabung berkenaan mempunyai bahan jenis paladium, radium, dan platinum yang mempunyai nilai harga yang tinggi dalam pasaran antara RM300 hingga RM800.

“Dengan penangkapan kesemua suspek, kita berjaya menyelesaikan sebanyak 33 kes di sekitar kawasan Lembah Klang dan juga Kelantan,” ujarnya.

Jelas beliau, semakan rekod mendapati hanya suspek pertama yang juga ketua geng dikenali Tyson mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada kesemua suspek adalah positif dadah dan kesemua suspek direman selama lima hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN