fbpx

Deras adrenalin, aksi ‘luar biasa’ My Name

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHEBATAN So-hee melakonkan watak Ji-woo atau Hye-ji dalam My Name menambah satu lagi ‘trofi’ dalam karier lakonannya yang sedang meroket naik.

Ada banyak drama karya asal tulisan Korea Selatan yang sedang menggoncang dunia ketika ini. Satu daripadanya berjudul My Name.

My Name sebuah drama bersiri jenayah thriller yang ligat ditayangkan dan masih mencatat kedudukan trending dalam laman penstriman, Netflix.

Berkesempatan menghabiskan masa menonton siri arahan sutradara, Kim Jin-min dan berdasarkan pengamatan, naskhah yang dibarisi pelakon hebat seperti Han So-hee, Park Hee-soon dan Ahn Bo-hyun tersebut langsung tidak mengecewakan.

Tidak mengecewakan kerana dari segi jalan cerita, terjemahan karakter, hal-hal teknikal seperti efek bunyi dan sinematografi, semuanya dicernakan dengan cemerlang dan penuh cermat.

Versatiliti So-hee

Pertama, penulis ingin membawa perhatian pembaca terhadap kredibiliti dan versatiliti lakonan dijayakan bintang utamanya, Han So-hee yang memainkan peranan sebagai Yoon Ji-woo atau Oh Hye-jin.

So-hee membuka satu lagi lembaran baharu dalam resume lakonannya apabila tampil lasak, penuh aksi, penghayatan emosi tidak berbelah bahagi, namun pada masa sama, masih menjunjung tinggi kejelitaan luar biasa sebagai seorang wanita.

Sebagai seorang pemerhati filem yang tidak terlalu mengikuti rapat perjalanan karier So-hee, wanita berkenaan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang ‘trauma’ disebabkan kematian bapa tercinta dengan sangat-sangat cemerlang!

Ekspresi wajah, penghayatan emosi, rintihan jiwanya dirasai setiap sudut sesiapa yang menonton.

Babak-babak terutama ketika dia menjalani ‘latihan ekstrem’ sebelum berjaya menjadi seorang anggota polis, membuatkan penulis terkesima dan pada masa sama berasa ngeri dengan setiap apa yang dijayakannya.

Tidak berniat untuk membocorkan apa-apa ‘spoiler’, babak ketika dia menang ‘mengejut’ berlawan dengan Do Gang-jae (lakonan Chang Ryul), sangat menderaskan adrenalin dan membuatkan jantung berdebar sepantas kilat.

Percubaan merogol Gang-jae ke atas Ji-woo, penulis berani bersumpah, babak tersebut mampu membuatkan sesiapa yang menonton tidak senang duduk.

Bayangkan anda seorang perempuan, diberi dadah atas rasa dengki, namun masih mampu menewaskan lelaki-lelaki durjana yang cuba menodainya. Memang tak keruan babak tersebut!

Antagonis berkesan, ‘plot twist’

Terlanjur menyentuh tentang watak Gang-jae, pemain karakter tersebut, Chang Ryul menterjemah watak orang jahat yang paling berkesan.

Dia yang pada mulanya berperilaku baik ‘dirasuk’ rasa dengki atas kehebatan seorang wanita yang berjaya menewaskan dirinya sehingga menjatuhkan air mukanya sebagai lelaki.

Berkenaan kualiti lakonan Park Hee-soon sebagai Choi Mu-jin, watak itu sememangnya diwujudkan untuk dirinya dan tiada orang lain yang mampu menterjemahkan melainkan dirinya seorang. Mu-jin orang nombor satu ‘Dongcheon’ yang paling ‘cool’, elegan, kacak dan pada masa sama, tidak menyimpan sebarang rasa takut dengan siapa pun.

Satu perkara yang paling ditakutinya mungkin apabila helah atau ‘permainannya’ mula dihidu orang paling dipercayai dan kehidupannya sebagai raja samseng terumbang-ambing.

Orang suruhannya mula berpaling tadah disebabkan kedang­kalan sendiri.

Secara peribadi, penulis sudah boleh meramalkan siapa yang menjadi dalang kepada pembunuhan bapa Ji-woo sedari awal episod, namun ‘dibutakan’ dengan kelicikan dan keindahan naratif siri tersebut.

Putaran plot (plot twist) My Name diselamatkan dengan bermacam kualiti menarik dalam naskhah tersebut termasuklah kehebatan kualiti lakonan mereka yang terlibat, perihal naratif dan bermacam kualiti bagus yang lain.

Secara keseluruhan, My Name merupakan sebuah siri jenayah thriller penuh aksi cemerlang, terjemahan karakter padu dan sangat berbaloi untuk ditonton bukan hanya peminat K-drama tetapi sesiapa sahaja yang tidak mempunyai ilmu tentang industri tersebut. Ten across the board! (terutama bab lakonan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI