fbpx

Apple benarkan pemilik iPhone baiki sendiri telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telefon bimbit iPhone 13 dipamerkan ketika pelancarannya di sebuah kedai Apple di Tokyo, 13 September lepas. - UPI

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Syarikat gergasi teknologi, Apple mengumumkan bahawa para pemilik iPhone dan peranti lain keluarannya di Amerika Syarikat (AS) boleh membaiki sendiri peralatan milik mereka.

Ini bermaksud, pengguna boleh membaiki peranti mereka tanpa perlu menghantar ke pusat servis bertauliah Apple seperti yang sering dilakukan selama ini.

Pengeluar iPhone dan komputer Mac itu selama ini hanya mengehadkan servis membaik pulih peranti-perantinya kepada juruteknik di pusat-pusat servis bertauliah.

Ia sering menyebabkan pengguna perlu menanti peranti mereka siap dibaiki dalam tempoh masa yang lama serta membayar kos yang tinggi.

Menurut Apple, program Baik Pulih Layan Diri baharu akan bermula di AS dengan menawarkan alatan dan alat ganti kepada pengguna yang ingin membaiki telefon bimbit model iPhone 12 atau iPhone 13.

Pada peringkat awal, ia akan memberi fokus kepada bahagian-bahagian yang sering rosak seperti skrin, bateri dan kamera.

Program itu akan diperluaskan ke negara-negara lain pada tahun depan selain akan turut melibatkan beberapa model komputer Mac.

“Dalam tempoh tiga tahun lepas, Apple hampir menggandakan bilangan lokasi perkhidmatan yang menawarkan alat ganti tulen, peralatan dan latihan.

“Kini, kami memberikan lebih pilihan kepada pelanggan yang ingin membaiki peranti mereka sendiri dengan menyediakan akses yang lebih meluas,” kata Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI