fbpx

Anggota tentera cabul pekerja kedai vape didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jari mangsa dihisap oleh suspek ketika mahu merasai perisa vape dalam satu kejadian di Keramat tadi.

AMPANG – Seorang anggota tentera yang didakwa mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, dekat sini pada 5 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Ampang esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencabul.

“Kita sudah dapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk menuduh suspek yang akan dilaksanakan esok.

“Pertuduhan akan dilaksanakan di Mahkamah Ampang,” ujarnya ketika sidang akhbar di IPD Ampang Jaya, dekat sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada 5 Oktober kira-kira pukul 1 tengah hari itu, wanita berusia 18 tahun yang juga pekerja kedai vape didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu.

Selepas selesai membeli barangan vape, lelaki itu keluar dari kedai, namun tidak lama kemudian, dia masuk semula ke kedai tersebut untuk menukar pod vape.

Ketika mangsa menyerahkan pod vape berkenaan, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian turut menjilat jari mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI