fbpx

Zarina Zainuddin menangis, tak sengaja ketuk anak sulung guna senduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA tidak dapat menahan sebak selepas secara tidak sengaja terketuk kepala anaknya, Azil.

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Zainuddin tidak dapat menahan kesedihan atas keterlanjurannya yang bertindak kasar terhadap seorang daripada anak kembar istimewanya, Azil.

Dalam sebuah video dikongsikan Zarina, 51, menerusi Instagram, pelakon itu berkata, dia secara tidak sengaja terketuk anak sulungnya itu menggunakan senduk kerana secara tiba-tiba mengamuk ketika dia sedang memasak di dapur.

“Saya tengah memasak, dia mengamuk tiba-tiba. Masa itu di depan saya ada benda panas, jadi tak sengaja terketuk dia sikit. Sedih sangat. Kenapa saya ketuk dia, Ya Allah,” luahnya sambil menangis.

Ketika kejadian, Zarina sedang sibuk memasak rendang untuk bisnes pulut kuning diusahakannya sebelum tiba-tiba Azil atau nama lengkapnya Muhammad Razil Azrai, 25, mengamuk.

Tidak dapat menahan sedih mengenang kejadian yang berlaku semalam, Zarina segera menyesali tindakan mengasari anak istimewanya yang tidak mempunyai daya berfikir seperti individu normal lain.

Justeru, pelakon drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku sekali gus menasihatkan golongan ibu bapa agar sentiasa tabah menjaga anak-anak istimewa seperti Azil.

“Ibu bapa yang ada anak macam ini, memang kena banyak sabar. Ya Allah Ya Tuhanku, sabarkanlah aku, kuatkanlah aku.

“Kalau tak sabar, yang jadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa. Mereka tak tahu nak bercakap atau jelaskan apa-apa.

“Selalulah berdoalah kepada Allah, kuatkan aku, kuatkan aku, kuatkan aku. Supaya beri kesabaran kepada kita untuk tangani anak-anak macam ini. Bukan senang. Kalau buat silap, kita yang berdosa sebab mereka tak tahu apa-apa,” ujarnya sambil kerap menyeka air mata.

Akui ibu kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia lebih rela andai dirinya sakit daripada melihat anak syurganya itu merasa kesakitan.

“Kadang-kadang saya bagi kepala untuk dia ketuk dan puaskan hati. Buatlah nak buat apa pun. Biarlah dia buat saya, tak apa.

“Sebab Azil selalu pukul diri sendiri, saya tak sanggup tengok. Hidung dia sebenarnya dah tak ada batang. Doktor sudah lakukan pembedahan dan keluarkan sebab setiap kali hentak bahagian muka, hidung dia bengkok,” kongsinya lagi.

Perkongsian Zarina mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak henti-henti mendoakan agar pelakon itu sentiasa tabah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

“Kuat ya, kak. Allah tahu akak sayang anak-anak akak. Tak sengaja tu. Insya-Allah, tak apa-apa,” komen Azhan Rani.

“Menangislah ibu. Menangis mengeluarkan energi negatif. Semoga ibu sekeluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, bahagia zahir batin dunia akhirat, amin,” tulis seorang pengikut Instagramnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI