fbpx

Verstappen beri alasan masalah tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mengakui insiden melibatkan Hamilton pada pusingan ke-48 GP Brazil adalah ekoran masalah cengkaman tayar jenteranya. – AFP

SAO PAULO – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen menafikan dia sengaja menyebabkan pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton terkeluar dari trek pada perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil di Litar Interlagos Ahad lalu.

Pada perlumbaan itu, kedua-dua pelumba terkeluar dari trek ketika saingan memasuki pu­singan ke-48 selepas Verstappen dilihat menghimpit Hamilton, namun tidak dikenakan penalti.

Bagaimanapun, Verstappen yang juga pendahulu kejuaraan dunia musim ini menjelaskan, insiden tersebut disebabkan oleh keadaan tayar memandangkan perlumbaan sudah menghampiri 50 pusingan.

“Sudah tentu saya mahu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu perlumbaan, jadi kami bersaing sengit ketika memasuki selekoh. Saya cuba untuk brek sedikit lewat bagi memastikan kedudukan di hadapan.

“Ketika itu, tayar sudah hilang cengkaman. Sebab itu saya kurang bersedia untuk melakukan brek mengejut, jadi lebih selamat jika kami keluar dari trek,” kata pelumba dari Belanda itu.

Meskipun Hamilton menyifatkan insiden itu sesuatu yang berbahaya, namun Verstappen bersyukur mereka terhindar daripada sebarang kejadian tidak diingini kerana saingan musim ini masih berbaki tiga perlumbaan.

“Memang satu perlumbaan yang cukup sukar pada GP Brazil terutamanya dengan insiden tersebut. Bagaimanapun, saya gembira kerana kami berdua tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI