KUMPULAN popular Twice mengumumkan konsert jelajah dunia mereka yang akan bermula pada hujung tahun ini.
Sebelum ini, kumpulan dianggotai sembilan orang ahli itu memberi bayangan akan mengadakan sebuah konsert jelajah menerusi video muzik rasmi lagu baharu mereka, The Feels.
Awal minggu ini, mereka mengesahkan tentang berita gembira tersebut dengan mendedahkan judul konsert yang diberi nama III.
Konsert Twice akan dimulakan pada 24 Disember depan di Olympic Gymnastics Arena atau KSPO Dome, Seoul.
Mereka kemudian akan menjelajah ke beberapa bandar besar seperti Los Angeles, Oakland, Dallas, Atlanta dan New York.
Konsert di Seoul akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 24, 25 dan 26 Disember.
Penganjuran konsert di luar negara pula akan bersambung sehingga Februari tahun depan.