fbpx

Tujuh negeri terima amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak dinasihatkan untuk terus berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir berserta hujan lebat hingga malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir di tiga negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diramal berlaku sehingga 7 malam ini.

”Di kawasan utara, keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang dijangka menerima cuaca buruk serta ribut petir
malam ini. Selain itu, di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan kawasan Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak, manakala di Johor
melibatkan Kluang dan Mersing.

”Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Subis, Beluru,
Miri dan Marudi) serta di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat,” ujarnya lagi.

Amaran cuaca buruk di empat negeri ini diramalkan berlaku sehingga 5 petang ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI