fbpx

‘Tangan’ manusia sebabkan cuaca panas melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUACA panas melampau pada masa kini disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan manusia. –GAMBAR HIASAN

KEJADIAN cuaca ekstrem termasuk gelombang panas yang kuat serta banjir besar kini menjadi satu keadaan normal bagi dunia, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Berdasarkan Laporan Keadaan Iklim untuk 2021 mendedahkan, dunia semakin berubah di hadapan mata.

Suhu purata 20 tahun dari 2002 berada di landasan untuk melebihi 1 darjah Celsius buat pertama kali, manakala paras laut global dijangka meningkat ke paras baharu pada tahun ini.

Angka terkini untuk 2021 ini dikeluarkan awal oleh WMO bertepatan dengan permulaan persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow yang dikenali sebagai COP26.

Laporan itu menyediakan gambaran keseluruhan penunjuk iklim termasuk suhu, kejadian cuaca melampau, kenaikan paras laut dan keadaan lautan pada masa sekarang.

Kajian dalam laporan itu juga mendapati, tujuh tahun lalu termasuk tahun ini mungkin mencatatkan rekod suhu paling panas kerana gas rumah hijau telah mencapai kepekatan di atmosfera.

“Peristiwa ekstrem ini adalah norma baharu bagi kita.

“Terdapat banyak bukti saintifik bahawa sebahagian daripada peristiwa ini berlaku kerana perubahan iklim yang disebabkan ‘tangan’ manusia,” jelas Prof. Petteri Taalas dari WMO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI