fbpx

SMO bantu melonjakkan semula perniagaan terjejas akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen SMO Grab kini berlangsung dan akan berakhir pada 30 November ini.

PETALING JAYA – Langkah mendigitalkan perniagaan menerusi penyertaan kempen Shop Malaysia Online (SMO) nyata membuahkan hasil kepada pengusaha Restoran Abu & Co.

Ini kerana kedua-dua cawangan restoran yang berada di di Johor iaitu di Tampoi dan Pulai kini masih kekal beroperasi walaupun mengharungi musim pandemik yang cukup mencabar ketika ini.

Salah sebuah cawangan Restoran Abu & Co yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.

Menurut pemilik Restoran Abu & Co, Sulaiman P. Abu Bakar, dia mula menceburi diri dalam kempen SMO itu sejak pandemik Covid-19 bermula pada Mac tahun lalu dengan menggunakan khidmat GrabFood.

“Kami mengambil risiko jenamakan semula restoran ini pada awal musim pandemik lalu, walaupun jualan jatuh teruk ketika itu, namun dengan adanya kempen SMO ini ia telah banyak membantu dalam urusan perniagaan kami terutamanya dari segi khidmat pesanan dan penghantaran.

“Sebelum ini, kami hanya bergantung kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan yang datang ‘walk in’ sahaja. Namun apabila adanya aplikasi dalam talian, semuanya lebih mudah dan capaian pelanggan kami juga turut meluas,”katanya.

Menu ayam penyet antara makanan ‘wajib cuba’ ketika menjamu selera di Restoran Abu & Co.

Jelas Sulaiman, restoran tersebut pada asalnya hanyalah sebuah gerai makan biasa yang menyediakan nasi campur sejak lebih 23 tahun lalu sebelum dijenamakan semula sebagai Abu & Co pada Mac tahun lalu dan kekal sehingga kini.

Mengulas mengenai restorannya, Sulaiman berkata, antara menu yang mendapat permintaan tinggi adalah seperti ‘chicken chop’, ‘lamb chop’, serta nasi ayam penyet yang juga merupakan menu wajib dicuba ketika mengunjungi Abu & Co.

“Menu ‘chicken chop’ kami dijual pada harga RM6.90, manakala bagi menu ayam penyet pula ia adalah resepi keluarga turun-menurun sejak lebih 20 tahun lalu.

Chicken chop dijual serendah RM6.90 di Restoran Abu & Co.

“Meskipun Abu & Co kini telah mengalami revolusi dari kedai makan biasa kepada kafe ‘hispter’, namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana harganya masih pada tahap warung,” katanya yang turut memaklumkan restorannya dibuka setiap hari bermula pukul 2 petang sehingga 12 tengah malam.

Tambah Sulaiman, selain menyediakan pelbagai menu lazat, restorannya juga turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan juga pihaknya bersedia untuk menerima pelajar yang ingin membuat latihan industri pada bila-bila masa.

Seorang lagi pengusaha restoran yang turut menyertai kempen SMO adalah pengusaha Charlie’s Cafe & Bakery yang terletak di Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Bezanya, restoran milik Dessony Tuzan, 48, ini telah lama menggunakan khidmat Grab, sejak tahun 2019 lagi.

Dessony Tuzan

Menurut Dessony, sejak menyertai kempen SMO jualan restorannya meningkat antara 20 hingga 30 peratus dan capaian pelanggannya juga turut meluas.

“Sejak pandemik melanda negara pada tahun lalu, kafe kami kini hanya menyediakan perkhidmatan ‘take away’ dan ‘delivery’ sahaja, tiada ‘dine in’. Sebab itu jualan kami sangat bergantung kepada perkhidmatan GrabFood.

Hidangan Gojira Chicken yang boleh didapati di Charlie’s Cafe & Bakery.

“Jika dulu, restoran saya hanya dikunjungi pelanggan sekitar Petaling Jaya sahaja, namun selepas bekerjasama dengan GrabFood rangkaian pelanggan semakin meluas sehingga ke Kajang, Kepong, Sungai Buloh dan kawasan lain,” kata anak jati Sabah ini.

Tambah Dessony, dengan adanya kempen SMO itu juga restorannya juga mampu bertahan sehingga ke hari ini walaupun negara masih dibelenggu dengan wabak Covid-19.

Ujar Dessony, kafenya dibuka setiap hari kecuali Ahad dan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Antara hidangan yang disediakan adalah seperti laksa Sarawak, masakan barat serta pelbagai menu lain.

Turut dihidangkan menu ‘chicken chop’ di Charlie’s Cafe & Bakery.

Kempen SMO anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Grab telah banyak membantu peniaga seperti Sulaiman dan Dessony untuk meneruskan perniagaan ketika musim pandemik Covid-19.

Untuk rekod, sepanjang tahun lalu, seramai 8.2 juta pengguna telah berbelanja secara dalam talian dan telah memanfaatkan 202,000 perniagaan tempatan manakala Kempen E-dagang PKS dan mikro mencatatkan penyertaan sebanyak 33,000 perniagaan baharu dalam pelbagai platform e-dagang.

Bagi tahun ini, Grab turut meluaskan perkhidmatan di luar Lembah Klang sejak pandemik Covid-19 bermula dengan mempertingkatkan operasi digital termasuk mengadakan sesi webinar serta taklimat kepada peniaga bagi proses onboarding digital sepenuhnya untuk memudahkan perniagaan menyertai platform Grab.

Kempen SMO Grab berakhir pada 30 November ini. Tekan sini untuk diskaun sehingga 50 peratus bagi makanan, barangan runcit, fesyen, kecantikan dan banyak lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI